CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Datang ke Blog Cikgu Nurul

Leelou Blogs

Thursday 12 April 2012

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj




PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajTARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970




JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

No comments:

Post a Comment