CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Datang ke Blog Cikgu Nurul

Leelou Blogs

Saturday 7 April 2012

10 Asas Kepimpinan

Entri pada kali ini adalah tentang Asas - asas kepimpinan .... Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang Oleh itu untuk menjadi pemimpin yang baik.. seseorang itu haruslah :
1) Mempunyai bakat semulajadi
2) Bakat tersebut perlu dipupuk dan diperkembangkan
3) Sedar akan tanggungjawab :
- Kepada Tuhan
- Kepada diri
- Kepada orang yang dipimpin
4) Pemimpin mesti bijak sana
5) Percaya pada diri sendiri :
- Yakin dengan apa yang difikirkan
- Yakin dengan apa yang diucapkan
- Yakin dengan apa yang dilakukan
6) Pemimpin mesti berdisiplin, boleh diteladani dan sentiasa menjadi model serta ikutan.
7) Semangat pengabadian dan kesetiaan tinggi terhadap organisasi.
8) Pemimpin mesti sihat jasmani, shat rohani :
- Emosi yang stabil
- Tabah dan sabar
- Tidak mudah naik darah
- Tenang menghadapi masalah
- Tahu untuk memberi keutamaan
- Berupaya membuat keputusan yang tepat
9) Kuat berusaha untuk majukan organisasi :
- Mempunyai daya inisiatif yang tinggi
- Mempunyai daya kreativiti
- Sentiasa merancang dan melaksanakan aktiviti berfaedah
- Banyak membaca, hadiri kursus, bergaul dengan orang yang lebih berilmu
10) Pemimpin mempunyai kualiti peribadi yang baik :
- Jujur dan amanah terhadap harta benda dan kewangan
- Rendah diri
- Boleh dipercayai
- Membuat perhitungan yang teliti, berhemah dan cermat
- Suka berterus terang
- Mudah dihubungi

No comments:

Post a Comment