CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Datang ke Blog Cikgu Nurul

Leelou Blogs

Thursday 12 April 2012

Tun Abdul Razak Datuk Hussein



Perdana Menteri Malaysia Ke Dua

NAMA: Tun Abdul Razak Datuk HusseinTARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976




TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.

No comments:

Post a Comment