CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Datang ke Blog Cikgu Nurul

Leelou Blogs

Friday, 27 April 2012

Sekolah Vernakular Inggeris


Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
a)      untuk semua bangsa;
b)      mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
c)      ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;
d)     murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
e)      murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
f)       rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
g)      murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
h)      diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.





Sekolah Vernakular India



Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India

Sekolah Vernakular Cina




Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucius dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentiment anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannua telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Sekolah Vernakular Melayu

  1. Sekolah Vernakular Melayu
Peringkat awal, sekolah vernakular Melayu hanya dibuka untuk murid lelaki sahaja kerana pada ketika itu, ibu bapa menentang kuat idea menghantar anak perempuan meraka ke sekolah. Bagaimanapun kejayaan rancangan Skinner dalam usaha penubuhan sekolah vernakular Melayu sejak tahun 1871, telah mendorong pemerintah British menubuhkan sekolah vernakular Melayu untuk kanak – kanak perempuan. Sekolah vernakular perempuan Melayu pertama telah ditubuhkan di Teluk Belanga Singapura. Mata pelajaran yang diajar ialah Bacaan, Mengarang,Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Mula awal kurun ke 20 mata pelajaran seperti Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam kurikulumnya. Kebanyakkan sekolah Melayu seperti ini didirikan di desa. Kurikulum Sekolah Melayu tidak dapat berkembang lebih daripada darjah Empat. Hanya segolong kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka boleh meneruskan pelajaran di Sekolah Inggeris.

Monday, 16 April 2012

Bab 1 : Kemunculan Awal Tamadun Manusia

SejarahTingkatan4-Bab1

Tips Belajar Sejarah



Pengenalan:- Bosan!- Belajar mengenai orang yang sudah mati, benda lama!- Terlalu banyak fakta.Hal in menjadi reaksi biasa apabila ditanya berkaitan mata pelajaran sejarah...Mengapa hal ini terjadi? Anda akan menemui reaksi, idea yang berbeza jika anda dapat mengenali sejarah dan belajar sejarah dengan cara yang bijak... percayalah... ada banyak cara belajar dengan cara bijaksana...Tips belajar sejarah...

1. Jadilah Pendengar yang baik...Memahami peristiwa yang biasanya mengandungi ciri/ faktor /kesan dengan baik.Ketika guru menerangkan sesuatu peristiwa dalam kelas, dengar dengan teliti.. Anda jangan jadikan diri anda pekak...

2.Jadikan pandangan mata anda tajam... sentiasa memandang sejarah sebagai peristiwa yang sentiasa memandu anda menilai masa depan... contohnya mengkaji mengapa Kerajaan Empayar Rom / Yunani jatuh tersungkur padahal empayar mereka gagah berdiri dan teguh...belajar daripada filem : " apa yang anda lihat akan diframekan dalam lingkungan otak jangka panjang lebih baik daripada nota / teks biasa"

3.Jadikan media siber sebagai bahan pembelajaran secara interaktif : baca bahan internet - lihat peta, gambar, peta minda yang disediakan.

4.Jadikan diri anda seorang yang tidak segan bertanya... tanyalah guru anda jika kurang faham mengenai sesuatu perkara... memahami sub tajuk asas utama memahami sesuatu tajuk...Contoh: dengan memahami konsep asas Malayan Union, anda akan memahami mengapa MU ditolak oleh orang Melayu? Dan mengapa hanya orang Melayu yang terlibat?

5. Tahukah anda sejarah merupakan pelajaran tertua di dunia? Sejarah membolehkan anda pengembara melintasi masa dan benua...

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?

alt
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.